PENGENALAN SISTEM PNEUMATIK
Sebaik sahaja
Pneumatik diperkenalkan di Amerika Syarikat, ia mengambil masa yang agak
lama untuk diperkenalkan kepada negara-negara lain terutamanya Eropah.
Pneumatik telah
pun digunakan secara meluas di Amerika Syarikat iaitu sebelum Perang
Dunia II. Jenis injap kawalan arah yang digunakan pada masa itu ialah
jenis ‘spool valve’ dengan operasi elektro-magnetik kawalan terus.
Selepas itu ‘plane slide valve’ diperkenalkan, di mana angin ekzos petunjuk dikeluarkan melalui sebuah solenoid valve 2/2 yang kecil. Pada kedua-dua perkara yang disebut di atas, pengawalan adalah menggunakan elektrik dengan litar relay. Dengan adanya ramai juru elektrik, tidaklah menjadi masalah untuk membina kabinet kawalan yang agak baik.

Di Eropah,
pneumatic hanya diperkenalkan selepas Perang Dunia II, dimana pada masa
tersebut Eropah mengalami zaman kemelesetan. Dengan ini, ia tidak
mempunyai teknologi yang tinggi untuk pembuatan injap tanpa ‘seal’,
seperti yang digunakan di Amerika Syarikat sebelum perang berlaku.
Dengan itu pengeluaran yang pertamanya adalah agak mudah dan injap
‘popet’ banyak dikeluarkan. Injap kuasa popet hanya boleh beroperasi
dengan piston pneumatik. Untuk mengatasi daya operasi angin yang
tinggi, kawalan pneumatik dimajukan. Selain daripada itu, pemanduan
solenoid pada masa itu tidaklah mempunyai reliability yang baik. Untuk
mengelakkan penyambungan lemah di antara kawalan elektrik dan kuasa
pneumatik, kawalan pneumatik sahaja dimajukan ke tahap yang lebih tinggi
di Eropah, menggantikan operasi pemanduan solenoid dan kawalan
elektrik.
Gambar: prinsip kerja sistem pneumatik
0 komentar:
Posting Komentar